JANUARI 2021

JBPM Sarawak Siap Siaga Tangani Situasi Banjir


KUCHING: Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak sentiasa komited dan bersiap siaga dalam menghadapi fenomena banjir.

Menurut Pengarahnya, Khirudin Drahman, Jabatan Meteorologi (MET) Malaysia telah mengeluarkan makluman awal mengenai taburan hujan yang tinggi yang akan berlaku di Sarawak beberapa hari lalu disertakan dengan panduan siap siaga menghadapi fenomena itu.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa masyarakat untuk terus bekerjasama dan berganding bahu untuk memudahkan pihak penyelamat membantu dan mengawal keadaan semasa.  -EDISI UKAS

Sumber dari : Unit Komunikasi Awam Sarawak