Terima kasih Abang Jo
ULU SUAI, MIRI: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg hari ini telah melancarkan kerja-kerja naik taraf Jalan Ulu Suai dalam satu upacara yang sederhana di sini.
Jalan raya sepanjang 19 km tersebut sedang dinaik taraf dengan kos RM68 juta oleh Kerajaan Sarawak yang akan memberi keselesaan kepada 3,000 lebih penduduk di sepanjang jajarannya apabila siap sepenuhnya kelak pada penghujung 2021.
Kerja-kerja naik taraf yang menggunakan teknologi pembinaan jalan raya terkini “cold in-situ pavement recycling” (CIPR) with cheap seal-surface dressing” dan yang pertama digunakan di negara ini akan menghasilkan permukaan jalan raya yang lebih tahan, ujar Datuk Patinggi Abang Jo.
ADUN setempat YB Majang Renggi dalam ucapan aluan beliau mengucapkan terima kasih kepada Datuk Patinggi Abang Jo kerana telah bermurah hati meluluskan projek tersebut “setelah menunggu selama 30 tahun”.
Kerja-kerja naik taraf telah bermula pada Oktober 2019 dan kini 22 % siap.
Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan dan Menteri Utiliti, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom turut berucap.
Sumber dari : Sarawakku