Ogos 2019

Jambatan Long Lama Dinamakan Jambatan Pehin Adenan Satem, Manfaatkan 20,000 Penduduk


LONG LAMA: Jambatan Long Lama yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini dinamakan Jambatan Pehin Sri Haji Adenan Haji Satem.

Ia adalah atas permintaan penduduk tempatan sebagai mengenang jasa Ketua Menteri Kelima Sarawak yang meluluskan pembinaan jambatan itu dan menyempurnakan upacara pecah tanahnya pada 2015.

Jambatan berharga RM67 juta itu dibuka secara rasmi kepada orang ramai. Jambatan ini memberi manfaat kepada 20,000 penduduk di Baram. Sebelum ini, penduduk Long Lama, Apoh,Tutoh, Limbang dan sekitarnya bergantung dengan perkhidmatan feri untuk merentasi Sungai Baram.

Sumber dari: Jiwa Bakti