JANUARI 2021

Ketua Menteri Abg Jo Meninjau Usaha Menangani Covid-19 Di Sibu


SIBU, Ahad: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg semalam telah mengadakan lawatan ringkas ke sini untuk mendapat maklumat secara terus mengenai usaha menangani penularan jangkitan COVID-19 di Bahagian Sibu. 

Sejurus tiba beliau telah diberi taklimat oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu. Hadir sama, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Professor Dato Sri Dr. Sim Kui Hian dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion. 

Berikut adalah antara butir-butir taklimat:

- 27,000 swab dilakukan di Bahagian Sibu sejak 3 minggu lalu. 1, 626 positif. 

- 94 rumah panjang telah terjejas oleh kes positif daripada lebih 1,000 rumah panjang di Bahagian Sibu. 

- Bantuan makanan untuk PKP 1.0: 37,000 penerima dengan kos berjumlah RM2 juta. 

- Bantuan makanan untuk PKP 2.0: 72,000 penerima dengan kos berjumlah RM5 juta. 

Dalam sidang media Datuk Patinggi Abang Haji Zohari mengingatkan negara berada dalam keadaan darurat dan  memerlukan kerjasama daripada sektor awam dan swasta untuk menangani pandemik COVID-19.

Beliau menegaskan penguatkuasaan akan ditingkatkan untuk memastikan pematuhan terhadap SOP.  

PKP telah dilanjutkan sehingga 14 Februari 2021 untuk Bahagian Sibu. 

Ini bermakna Tahun Baru Cina tidak akan disambut seperti pada masa lalu tetapi lebih kepada sambutan keluarga secara persendirian, tanpa rumah terbuka dan kunjung-mengunjung, ujar Datuk Patinggi Abang Haji Zohari. 

Ini adalah cara terbaik untuk rakyat menyokong barisan hadapan dan Kerajaan Negeri akan meneruskan strategi Jejak-Ujian-Asingkan-Rawat, untuk memutuskan rantaian COVID-19, ujar beliau lagi.

Sumber dari : Sarawakku