JANUARI 2021

PKP Di Sibu Dan PKPB Di Bahagian Lain Di Sarawak Akan Dilanjutkan Hingga 14 Februari 2021


KUCHING: Memandangkan kes positif COVID-19 di Sarawak masih tinggi dan bilangan kawasan hijau semakin berkurangan, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencan Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bahagian Sibu yang tamat pada 29 Januari ini akan dilanjutkan sehingga 14 Februari 2021. 

“Pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Di Sibu. Pelanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bahagian Sibu dari 30 Januari jam 12.01 pagi hingga 14 Februari 2021,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian COVID-19 Sarawak di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama pada Rabu.

Datuk Amar Douglas Uggas yang juga Timbalan Ketua Menteri turut memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di bahagian-bahagian lain di Sarawak yang tamat pada 31 Januari ini akan dilanjutkan sehingga 14 Februari 2021. 

“Bagi kawasan-kawasan di seluruh negeri Sarawak, kita akan meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak. 

“Pelanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di bahagian-bahagian lain di Sarawak akan berkuatkuasa pada 1 hingga 14 Februari 2021,” katanya. -EDISI UKAS

Sumber dari : Unit Komunikasi Awam Sarawak