Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo merasmikan Hari Ulang Tahun ke-24 Majlis Perbandaran Padawan dan Pelancaran "The Last Ring Ladies Mural" bertempat di Perkarangan Tempat Letak Kereta Kota Padawan Mall (Batu 10) pagi ini tadi.
Dalam ucapannya, Ketua Menteri menegaskan, terdapat tiga (3) bidang utama yang boleh diterokai khususnya di kawasan Majlis Perbandaran Padawan ini adalah: -
1. Perkhidmatan (Services) - mengadaptasikan teknologi digital dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.
2. Pelancongan (Tourism) - memperkenalkan tempat- tempat menarik di kawasan Padawan kerana Padawan mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
3. Pertanian Moden (Modern Agriculture) - mempraktikkan teknologi IOT dalam aktiviti pertanian moden.
Ketua Menteri turut menekankan betapa pentingnya sesebuah kerajaan mempunyai polisi yang baik dalam memacu pembangunan berkesan dan berterusan. Dengan mengambil contoh, pembangunan di bandar -bandar khasnya, Kerajaan Sarawak yang ternyata telah menunjukkan prestasi cemerlangnya membangunkan Sarawak hingga kini.
Sumber dari : Sarawakku