Julai 2019

Kg Segedup, Kg Maong Bakal Jadi Hub Perkampungan Moden


KUCHING: “Berbillion- billion duit pun ‘go ahead’ jak, asal jeraya ada”, demikian ucapan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg berkenaan Rancangan Jangka Masa Panjang untuk membangunkan Kampung Segedup dan Kampung Maong.

Ucapan tersebut di sampaikan oleh beliau di Majlis Ramah Mesra PBB N8 Satok semalam, di mana diadakan juga perasmian bagi dewan serbaguna Kampung Segedup.

Dalam usaha menjadikan Kampung Segedup dan Kampung Maong sebuah bandar, beliau berkata, usaha- usaha menaiktaraf akan dijalankan dari masa ke semasa dengan menitik berat pembangunan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air.

Dengan itu, beliau telah mengumumkan Rancangan Jangka Masa Panjang bagi dua buah kampung tersebut dengan pembinaan jalan raya baharu yang bakal menyingkatkan perjalanan menuju ke Kampung Segedup dan Kampung Maong dari bulatan Satok.

Tambah beliau, kerja- kerja penyukatan jalan sudah pun dijalankan oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.

Dengan pembinaan jalan baharu tersebut katanya, kawasan perumahan baharu juga akan dibangunkan untuk memberi peluang kepada penduduk- penduduk memiliki kediaman sendiri.

Menurut beliau, rumah yang bakal dibangunkan kelak ialah rumah gaya baru iaitu Rumah Pertiwiku dengan premium sebanyak RM2500 untuk pembayaran selama 10 tahun.

Sumber dari: TV Sarawak