DISEMBER 2020

Lawatan Datuk Amar Hajjah Juma'Ani Tun Tuanku Haji Bujang Ke One-Stop Early Intervention Center ( OSEIC ) Sarawak


KUCHING, 24.12.20 - YBhg Datuk Amar Juma'ani telah mengadakan lawatan ke OSEIC bertempat di Metro City, Matang. Semasa lawatan, Datuk Amar Juma'ani telah diberi taklimat oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak- Kanak ( KKKWKP ) YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

OSEIC diwujudkan oleh Kementerian KKKWKP melalui Jawatankuasa Penasihat OSEIC dan pengoperasian oleh Persatuan Ibu Bapa Kanak-Kanak Berkeperluan Khas ( PIBAKAT). Pada peringkat awal Penubuhan OSEIC, pihak PETRONAS di bawah Program CSR mereka telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM4 Juta.

OSEIC bertujuan untuk memberikan perkhidmatan diagnosis, intervensi awal, rebabilitasi dan sokongan di bawah satu bumbung kepada Kanak- Kanak Berkeperluan Khas berumur 7 Tahun kebawah dengan tumpuan kepada tiga (3) Jenis ketidakupayaan iaitu Autism, down- Syndrome dan learning disabilities.

Pihak Kementerian juga mengucapkan terima kasih kpd Ketua Menteri Sarawak, YAB Abg Jo yang telah meluluskan peruntukan berjumlah RM2juta setahun bagi pengoperasian Pusat tersebut mulai tahun hadapan.

OSEIC ini distruktur dengan menekankan kepada Penglibatan ahli keluarga, sesuai bagi perkembangan Kanak- Kanak dan berpusatkan Kanak- Kanak.

Turut hadir, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan, Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dr Zufar Yadi Brenda Abdullah, Pengerusi JK OSEIC merangkap Pengerusi PIBAKAT Sarawak, Haji Zaidi bin Ahmad, Pemangku Pengarah Jabatan Kebajikan Malaysia Sarawak, Mohd Guntor bin Rajaee, dan kenamaan lain.

Sumber dari : Sarawakku