DISEMBER 2020

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Penyerahan Ma'had Tahfiz Tun Abdul Rahman Yakub ( MATTARY)


KUCHING, 22.12.20 - Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi LAKMNS, YAB Datuk Patinggi Abg Johari Tun Abg Openg telah hadir menyasikan majlis tersebut diatas bertempat di Kompleks Pusat Pengajian Al-Quran Tun Abdul Rahman Yakub ( PATTARY), Petra Jaya. 

Memorandum Perjanjian tersebut ditandatangani oleh wakil LAKMNS, Setiausaha Kehormat, Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang bin Mohd Nor dan Ahli Lembaga, Encik Drahman bin Jaladin manakala MIS pula diwakili oleh Yang Di-Pertua MIS , Datu Haji Misnu bin Taha dan Mufti Negeri Sarawak, Datu Haji Kipli bin Haji Yassin.

Melalui Perjanjian ini, keseluruhan Pentadbiran dan Pengurusan MATTARY termasuk PATTARY milik LAKMNS akan diambil alih oleh MIS bermula 1 January 2021. 

Turut hadir, YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman bin Junaidi, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri ( Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara ) dan Menteri Muda Utiliti ( Bekalan Air ), YB Datuk Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri ( Undang-undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantuan Projek ), Datu Haji Abg Mohamad Shibli bin Abg Naili, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datuk Haji Abang Wahab bin Abg Julai, Ketua Eksekutif LAKMNS dan berapa kenamaan yang lain.

Sumber dari : Sarawakku