JUN 2020

Masa Beri Khidmat Kepada Rakyat, Bukan Kerana Pilihan Raya

28/6 Masa beri khidmat kepada rakyat, bukan kerana pilihan raya KUCHING: Usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) selama ini untuk memberi khidmat kepada rakyat, bukannya disebabkan pilihan raya. Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sebaliknya langkah itu adalah komitmen serta ikrar ahli dan pucuk pimpinan GPS kepada rakyat. “Kita memberi khidmat bukan disebabkan pilihan raya tetapi itulah komitmen kita (GPS) untuk menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Semerah Padi, Petra Jaya. Fadillah yang juga Menteri Kanan Infrastruktur - Menteri Kerja Raya berkata, sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, GPS menerima mana-mana pihak yang berhasrat bertanding pada pilihan raya akan datang. “Apa yang penting pilihan di tangan rakyat dan mereka berhak memilih. Ini kerana amalan demokrasi, kita terima sesiapa yang hendak bertanding (pilihan raya),” tambahnya. Mengenai isu yang ditimbulkan oleh pembangkang mengenai GPS tidak membawa sebarang perubahan kepada Sarawak, Fadillah berkata rakyat boleh menilai sendiri apa yang telah GPS laksanakan di Sarawak, setakat ini. "Kita boleh lihat perubahan yang ada di Sarawak, seperti kemudahan infrastruktur serta kemudahan asas yang telah dilaksanakan secara berperingkat," katanya. Katanya, berbanding sebelum ini, jalan raya yang dahulunya kecil dan sekarang banyak jalan besar yang berturap telah dilaksanakan, malah peratusan masyarakat di Sarawak yang tiada bekalan air dan elektrik turut berkurangan. "Perubahan ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan dalam sekelip mata, kerana Sarawak mempunyai keluasan yang besar tetapi peruntukan yang diberikan adalah terhad,” katanya sambil meminta supaya mengurangkan amalan berpolitik sebaliknya memberi tumpuan untuk memaju negeri dan membawa perubahan.

Posted by Jiwa Bakti on Saturday, 27 June 2020


KUCHING: Usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) selama ini untuk memberi khidmat kepada rakyat, bukannya disebabkan pilihan raya.

Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sebaliknya langkah itu adalah komitmen serta ikrar ahli dan pucuk pimpinan GPS kepada rakyat.

“Kita memberi khidmat bukan disebabkan pilihan raya tetapi itulah komitmen kita (GPS) untuk menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Semerah Padi, Petra Jaya.

Fadillah yang juga Menteri Kanan Infrastruktur - Menteri Kerja Raya berkata, sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, GPS menerima mana-mana pihak yang berhasrat bertanding pada pilihan raya akan datang.

“Apa yang penting pilihan di tangan rakyat dan mereka berhak memilih. Ini kerana amalan demokrasi, kita terima sesiapa yang hendak bertanding (pilihan raya),” tambahnya.

Mengenai isu yang ditimbulkan oleh pembangkang mengenai GPS tidak membawa sebarang perubahan kepada Sarawak, Fadillah berkata rakyat boleh menilai sendiri apa yang telah GPS laksanakan di Sarawak, setakat ini.

"Kita boleh lihat perubahan yang ada di Sarawak, seperti kemudahan infrastruktur serta kemudahan asas yang telah dilaksanakan secara berperingkat," katanya.

Katanya, berbanding sebelum ini, jalan raya yang dahulunya kecil dan sekarang banyak jalan besar yang berturap telah dilaksanakan, malah peratusan masyarakat di Sarawak yang tiada bekalan air dan elektrik turut berkurangan.

"Perubahan ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan dalam sekelip mata, kerana Sarawak mempunyai keluasan yang besar tetapi peruntukan yang diberikan adalah terhad,” katanya sambil meminta supaya mengurangkan amalan berpolitik sebaliknya memberi tumpuan untuk memaju negeri dan membawa perubahan.

Sumber dari : Jiwa Bakti