OKTOBER 2019

Negeri Lain Ingin Mencontohi Kita Inilah Kelebihan Sarawak


"Saya mengucapkan terima kasih kepada saudara dan saudari sekalian warga Miri dan mereka yang datang dari sekitar Miri untuk sama-sama meraikan Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang Ke-83 yang berpusat di Miri pada tahun ini.

"Saudara dan saudari sekalian, kehadiran kita pada pagi ini ialah untuk meraikan Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak sebagai suatu institusi yang melambangkan perpaduan dan penyatuan rakyat Sarawak tidak kira bangsa dan agama.

"Sarawak terkenal dengan budaya rakyatnya yang saling hormat menghormati antara satu sama lain. Sarawak tidak mempunyai masalah dari segi agama malah Kerajaan Sarawak mempunyai initiatif untuk membantu semua agama, selain daripada Islam untuk mempunyai rumah dan kemudahan-kemudahan ibadah yang lebih selesa melalui Unit for other Religions atau UNIFOR. Inilah kelebihan Sarawak.

"Pada tahun ini Kerajaan menyalurkan RM30 juta kepada rakyat melalui UNIFOR sebagai usaha berterusan untuk membantu penganut-penganut agama lain selain Islam. Bantuan seperti ini tidak terdapat di negeri lain malah ada negeri yang ingin mencontohi kita dalam hal ini."

Petikan ucapan YAB Ketua Menteri Sarawak bersempena Upacara Sambutan Hari Lahir ke-83 TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Miri hari ini.

Sumber dari: Sarawakku