APRIL 2020

Operasi Nyahcemar Di 51 Kawasan


KUCHING: Sebanyak 51 kawasan yang sedang dan akan dilakukan operasi nyahcemar bermula 30 Mac hingga 14 April 2020.

Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia meliputi daerah Kuching dengan 22 operasi nyahcemar ini diikuti Miri (lapan), Samarahan (tujuh), Sibu dah Sarikei masing-masing (empat), Limbang (tiga), Betong (dua) dan Sri Aman (satu).

Menurut beliau, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan operasi tersebut di kawasan Zon Merah dan Zon Jingga.

Seramai 1,598 orang terlibat dalam operasi tersebut termasuk agensi-agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam, Rela, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) (Bahagian Penguatkuasa, Pasukan Kesihatan Awam dan Kakitangan Sokongan.

“Turut sama membantu Kementerian Kesihatan Malaysia, PDRM dan anggota Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang,” katanya pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Beliau menggantikan tugas buat sementara waktu Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah yang diarah menjalani kuarantin diri di rumah.

Sumber dari : Jiwa Bakti