APRIL 2020

Abg Jo Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri, Adakan Sidang Media Dan Saksikan 2 Juta Penyerahan Topeng Muka


KUCHING, 9.04.2020: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri di Bilik Gerakan Negeri di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya Kuching.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing dan Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat & UKAS), Abdullah Saidol turut hadir dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri pagi ini tadi.

Beberapa menteri kabinet sarawak turut menyertai mesyuarat menerusi sidang video tersebut adalah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion.

Sejurus selepas itu, Datuk Patinggi Abang Jo turut mengadakan sidang media dan menyempurnakan acara simbolik Majlis Penyerahan Face Mask (tempahan baharu tiba dari China) kepada JK Pengurusan Bencana Negeri yang diwakili oleh Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah di perkarangan Wisma Bapa Malaysia tengahari ini tadi.

Sumber dari : Sarawakku