JUN 2020

PBB Siap Siaga Untuk Hadapi PRN Ke-12


KUCHING 12 Jun 2020, YAB Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abg Hj Openg merangkap Yang diPertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB ) mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB ke-9 bertempat di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako.

Pada Sidang Media, YAB Abg Jo terlebih dahulu merakamkan terima kasih diatas kerjasama semua rakyat Sarawak dalam membantu menurukan wabak Covib -19 dan juga para barisan hadapan yang terdiri daripada pihak KKM PDRM, ATM, Bomba, Agensi dan NGO serta pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.

Kerajaan GPS juga telah membantu dalam bentuk BKKS kepada rakyat Sarawak dan para pelajar yang balik ke Sarawak semasa PKP, PKPD,PKPB.

Mesyuarat juga menyentuh Dasar Ekonomi Jangka Pendek dan Jangka Panjang melalui jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan GPS.

Kerajaan juga telah membentuk 10 Sektor sebagai Halatuju Norma Baharu pembangunan Sarawak

Semenjak di perkenalkan Dasar Digital Ekonomi tiga tahun yang lepas, rakyat mulai sedar tentang betapa penting dasar teknologi tersebut dalam mengharungi pandemik Covid-19 khususnya dalam perniagaan online Bazaar Ramadhan, Bazaar Gawai dan juga dalam pembelajaran dan pengajaran melalui Zoom serta Konferens dalam Sekolah.

YAB Abg Jo menyeru semua wakil rakyat GPS untuk siap siaga ke lapangan bagi persiapan mengadapi PRN ke-12 yang mana DUN Sarawak akan tamat tempoh pada 6 Jun 2021

Akhir kata, Kerajaan Sarawak juga telah menubuhkan Jawatankuasa Legistatif dan Jawatankuasa Kerja bagi urusan perundingan dengan pihak Petronas dan Kerajaan Persekutuan.

Sumber dari : Sarawakku