MAC 2020

PKP: Timbalan Ketua Menteri Melawat Sempadan Sarawak-Indonesia, Serah Sumbangan Makanan Kepada Petugas Barisan Hadapan


LUNDU: Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas melawat ke kawasan sempadan antara Sarawak-Kalimantan, Indonesia serta menyampaikan sumbangan keperluan makanan kepada petugas barisan hadapan yang bertugas dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Rabu.

Sumbangan tersebut adalah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ADUN Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu. -EDISI UKAS

Sumber dari : Unit Komunikasi Awam Sarawak