MEI 2021

Pembinaan Jambatan Sungai Sarawak Sejingkat Bakal Atasi Kesesakan Jalan Kuching- Samarahan


KUCHING: Jambatan Sungai Sarawak Sejingkat kini dalam proses pelaksanaan bertujuan bagi mengelakkan kesesakan jalan di Kuching-Samarahan.

Menurut Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, jambatan  tersebut merangkumi tiga pakej yang akan digabungkan menjadi Kuching Samarahan Expressway kedua.

“Ada tiga pakej, salah satunya 3DA iaitu pembinaan jambatan menyeberangi sungai sarawak hampir 1.3 km (jambatan sahaja)

“Pakej 3DB adalah menaiktaraf jalan kita masuk tadi (Jalan Tanjung Bako). 

“Pakej yang seterusnya ialah jalan baru menuju ke Jambatan Batang Samarahan,” katanya selepas meninjau tapak projek tersebut pada Khamis.

Jelasnya, pelaksanaannya mengambil masa selama 4 tahun dengan kos sebanyak RM370 juta.

Beliau menambah, ia antara usaha Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.-EDISI UKAS

Sumber dari : Unit Komunikasi Awam Sarawak