JANUARI 2020

Penempatan Khas Kuarantin Perlu Tangani Virus Berjangkit - Idris Buang


KUCHING: Kerajaan Persekutuan perlu bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menubuhkan kemudahan serta penempatan khas kuarantin bagi merawat pesakit yang dijangkiti virus dari Wuhan, China tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.16 Muara Tuang, Dato Idris Buang berkata penyakit yang mudah berjangkit ini tidak sesuai dirawat di tempat yang terdedah atau sempit seperti di Hospital Umum Sarawak.

“Ia berkemungkinan besar cepat merebak jika dirawat pada tempat yang terdedah dan mungkin tidak ada orang tahu bagaimana untuk menangani masalah tersebut,” katanya menerusi kiriman Wassap di sini, petang ini.

Justeru, katanya perlu ditubuhkan ruang khas untuk menangani situasi ini yang dilengkapi dengan kemudahan rawatan lengkap dan bersih, perkhidmatan yang baik dan berwaspada dengan jangkitan tersebut.

“Inilah masanya agensi kerajaan berkaitan dan pakar untuk melaksanakan sesuatu benda dalam keadaan yang proaktif,” ujarnya.

Sumber dari : Jiwa Bakti