MEI 2020

Peniaga Pasar Serian Patuhi Arahan KPDNHEP, Menteri Puas Hati


c: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati peniaga di daerah ini menjual bekalan makanan dengan harga yang ditetapkan.

Hasil tinjauan menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi di pasar Serian pada hari ini, mendapati peniaga menjual barangan dengan harga berpatutan malah ada antara mereka menjual dengan harga lebih rendah.

“Peniaga di sini (Serian) patuh dengan arahan berhubung harga bekalan makanan yang dikeluarkan oleh kementerian.

“Kami mendapati tiada masalah dari segi harga bekalan makanan dan saya menghargai kerjasama peniaga yang patuh dengan arahan meletakkan harga berpatutan semasa musim perayaan," katanya semasa sidang media selepas membuat lawatan di Pekan Serian, hari ini.

Tambah beliau, peniaga yang menjual barangan lebih rendah daripada harga yang ditetapkan menunjukkan mereka beretika semasa berniaga.

“Kami berpuas hati dengan lawatan yang dilakukan pada hari ini," ujarnya.

Sementara itu, mengenai bekalan makanan untuk sambutan Gawai, beliau memberitahu bekalan mencukupi.

“Peniaga memberi jaminan kepada saya bahawa tiada masalah untuk membekalkan bahan makanan untuk perayaan Gawai akan datang," jelasnya.

Sumber dari : Jiwa Bakti