MEI 2020

38 Orang Awam Telah Dikompaun Langgar Larangan Rentas Daerah


KUCHING : Pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyaksikan seramai 38 orang awam telah dikompaun kerana cuba merentas Daerah tanpa permit Polis.

“Ini menjadikan sebanyak 86 orang dikompaun sejak 19 Mei yang lepas.” kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam sidang media berkaitan COVID19 petang Rabu.

Dalam perkembangan lain, Uggah memberitahu Jabatan Imigresen hari ini telah melaporkan seramai 369 tahanan di dua Depot Imigresen (246 di Depot Bekenu dan 150 di Depot Semuja).

Daripada 369 tahanan tersebut, seramai 315 sedia untuk tindakan penghantaran balik ke negara masing-masing dan 54 masih menunggu perbicaraan mahkamah.

”Jabatan Imigresen akan terus memantau SOP untuk menentukan semua tahanan selamat.

”Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak sehingga hari ini telah mengeluarkan sebanyak 286 notis amaran lisan kepada semua pemilik perniagaan yang telah melanggar SOP.“ katanya.

Sumber dari : TVSarawak