APRIL 2020

Penjaja Belum Berlesen Disaran Mohon Dengan PBT : CM Abg Jo


KETUA Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg mencadangkan supaya para penjaja/peniaga yang masih belum mempunyai lesen, untuk mendaftar terlebih dahulu dengan pihak Kerajaan Tempatan setempat.

Menurut beliau, sekiranya mereka ingin mendaftar pada masa ini, permohonan tersebut akan dipertimbangkan untuk mendapatkan manfaat daripada Pakej Bantuan Sarawakku Sayang (PBSS).

Jelas beliau, penyaluran bantuan akan menjadi lebih mudah sekiranya mereka berdaftar kerana pihak kerajaan atau yang berkaitan boleh menyemak senarai nama dan data mengenai perniagaan mereka.

“Dan mereka yang tidak berdaftar terutamanya yang mempunyai perniagaan sendiri (self-employed), saya syorkan supaya mereka berdaftar dengan kerajaan tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan yang lain. Jadi kita senang, ada senarainya dan juga data mereka.

“Pendaftaran dalam masa ini dibolehkan dan akan dipertimbangkan,” katanya ketika menjawab soalan pihak media pada satu sidang media di sini, Jumaat.

Sebanyak 65,000 mereka yang berdaftar dengan Kerajaan Tempatan dan mereka akan diberikan sebanyak RM1,500 untuk dua bulan. - TvSarawak

Sumber dari : Sarawakku