MEI 2021

Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Di Seluruh Sarawak


Mengambil kira situasi COVID-19 di Sarawak yang semakin meruncing, situasi fasiliti kesihatan yang kritikal, dan tambahan lagi dengan varian baru (VOC) yang telah dikesan di Sarawak baru-baru ini, kita perlu mengambil tindakan yang lebih drastik untuk mengawal jangkitan COVID-19 sekarang, sebelum kita berada di situasi yang lebih parah lagi.

Dengan ini, JPBN Sarawak telah memutuskan untuk mengistiharkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Sarawak bagi tempoh 29 MEI 2021 hingga 11 JUN 2021.

Sumber: Kenyataan Media JPBN Bil 147/2021

Sumber dari : Unit Komunikasi Awam Sarawak