OKTOBER 2019

Persidangan DUN Sarawak 4-13 Nov Belanjawan Sarawak 2020, Tiga RUU Baharu Dibentang


KUCHING: Sebanyak enam Rang Undang-undang (RUU) akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang akan bermula pada 4-13 November ini.

Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata, daripada jumlah tersebut tiga adalah rang undang-undang baharu iaitu RUU Strata (Gelaran Sampingan) 2019, RUU Pengurusan Strata 2019 dan RUU Warisan Sarawak 2019.

Manakala tiga yang lain adalah RUU Perbekalan (2020) 2019, RUU Sarawak State Library (Pindaan) 2019 dan RUU Sumber Asli dan Alam Sekitar (Pindaan) 2019.

RUU Perbekalan (2020) 2019 iaitu Belanjawan 2020 akan dibentangkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg pada 4 November untuk bacaan kali pertama dan kedua manakala bacaan kali ketiga pada 13 November.

Persidangan pada kali ini juga turut menyaksikan 371 soalan untuk jawapan lisan dan bertulis yang akan dikemukakan oleh 48 Ahli DUN.

Sementara itu, tiada usul diterima setakat hari ini dimana jam akhir penghantaran usul adalah pada jam 5 petang.

Sumber dari: Suara Sarawak