KUCHING: Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) Sarawak dipertanggungjawabkan untuk menyediakan kawasan rehat bagi petugas barisan hadapan yang bertugas di Hospital Umum Sarawak (HUS).
Menurut Menterinya, Datuk Seri Fatimah Abdullah, bagi tujuan itu, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) meluluskan peruntukan sebanyak RM107,100 bagi menyediakan kawasan rehat ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa empat.
"Ini adalah atas permintaan pasukan perubatan HUS yang dirasakan perlu untuk menjamin keselamatan kakitangan dan ahli keluarga petugas barisan hadapan.
"Dalam masa sama, ia memudahkan pergerakan keluar masuk petugas ke hospital," katanya.
Semasa PKP fasa satu dan dua, Fatimah berkata, CKH Realty Group menaja kawasan rehat terletak di Hotel Riverside Majestic bermula 24 Mac sehingga 14 April 2020 dengan nilai tajaan berjumlah RM120,000.
Sementara itu, bagi fasa tiga dan empat, kawasan rehat telah dipindahkan di Regatta Suites, Kozi Square.
Sumber dari : Jiwa Bakti