MEI 2020

Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak Ditubuh Sebagai Strategi Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19


KUCHING : Dalam mendepani cabaran pasca pandemik COVID-19, kerajaan sarawak telah mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri untuk mempermudahkan Strategi Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19 Sehingga Tahun 2030 dengan penekanan kepada ekonomi digital dan kelestarian alam sekitar.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dalam sidang media khasnya di Kuching pada Rabu berkata, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Itu akan mengkaji perincian sembilan sektor ekonomi, sosial dan tadbir urus di negeri ini.

Jelas Beliau, Strategi Pembangunan Di Bawah Rancangan Malaysia Ke-12 telah dikaji semula oleh kerajaan negeri bagi memulihkan kesan ekonomi yang teruk akibat COVID-19 agar kekal berdaya tahan.

Datuk Patinggi Abang Jo menambah, dalam dua prinsip utama iaitu ekonomi digital dan kelestarian alam sekitar, terdapat 10 cadangan utama digariskan kerajaan negeri seperti :

1. Pusat Data Raya Dan Inovasi - Tenaga Terbaharu
2. Perlombongan - Sumber Pendapatan Baharu
3. Produktiviti Tahap Tinggi Sektor Pertanian Komersial Dan Komoditi
4. Perkilangan Hiliran Nilai Tinggi
5. Menghijaukan Semula Sarawak Melalui Industri Penanaman Hutan Secara Agresif
6. Kepelbagaian Pelancongan
7. Perkhidmatan Sosial Berkualiti Untuk Rakyat
8. Tenaga Boleh Diperbaharui - Bekalan Masa Depan
9. Penyelarasan Masa Depan Pendidikan Dan Sumber Manusia

-Edisi UKAS-

Sumber dari : Unit Komunikasi Awam Sarawak