MEI 2021

Projek Tebatan Banjir Dan Benteng Laut Sebuyau Dijangka Siap Oktober 2022


SEBUYAU : Pemantauan pihak Pusat Khidmat DUN Sebuyau terhadap perkembangan Projek Tebatan Banjir/Benteng Laut di Block F Fasa 1 pada Selasa mendapati proses pelaksanaannya berjalan dengan lancar mengikut jadual yang ditetapkan.

Projek yang dibina sepanjang 4,346 meter atau 4.3 kilometer dari sebelah Balai Polis Sebuyau berhampiran dengan Kampung Baru sehingga Giat MARA dan Sungai Mambai/Sungai Rama tersebut menelan kos sebanyak RM34.6 juta.

Ia melibatkan pembinaan projek tebatan banjir, sistem perparitan dan benteng laut yang telah diluluskan melalui Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA), bermula Oktober 2020 dan dijangka siap Oktober 2022. -EDISI UKAS

Sumber dari : Unit Komunikasi Awam Sarawak