APRIL 2021

RM 90 Juta Untuk Sarawak Coastguard : Abg. Jo


KUCHING, Rabu - Kerajaan Negeri Sarawak  memperuntukkan RM90 juta untuk membeli aset bagi kegunaan “Sarawak Coastguard” seperti yang telah dibentangkan dalam Bajet 2020.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata demikian semasa Majlis Pelancaran "Sarawak Coastguard" di Tebingan Kuching, di sini, petang tadi.

"Hari ini kita dapat menyaksikan sebuah kapal dan enam buah bot telah siap iaitu sebuah “Catamaran” dan enam buah bot “Interceptor” dengan enjin berkuasa 1,050 kuasa kuda setiap bot." 

"Pada tahun ini, InsyaAllah enam buah bot jenis "Interceptor" akan beroperasi di perairan Sarawak untuk menjaga keselamatan nelayan dan sumber asli Maritim di sepanjang pantai negeri ini."

"Pembinaan beberapa buah lagi kapal ronda laju untuk meronda pesisiran pantai sedang diurus secara tender terbuka oleh JKR," katanya.

Abang Johari turut menjelaskan bahawa penubuhan Sarawak Coastguard ini juga adalah sebagai pembantu "To compliment" agensi lain . 

Ketika sidang media ringkas yang diadakan selepas majlis berkenaan, Ketua Menteri turut memaklumkan kapal berukuran 35 meter sebanyak tiga (3) buah telah siap di peringkat mereka bentuk dan sedang dalam proses pihak SFS untuk keputusan kelulusan. 

Beliau menambah lagi, kapal 25m sebanyak enam (6) buah sedang dalam proses tender. Kawasan operasi adalah di Taman Laut "Marine Parks" yang diwartakan. Penguatkuasaan mengikut peruntukkan di bawah undang-undang "Wildlife Protection Ordinance 1998" dan National Parka and Nature Reserves Ordinance 1998".

Sumber dari : Sarawakku