APRIL 2021

Mini Township Akan Dibangunkan Di Mulu


MULU: Kerajaan Sarawak akan menggubal master plan untuk membina sebuah bandar kecil (mini township) di sini sejajar dengan kawasan tersebut sebagai sebuah daerah kecil dan kawasan pelancongan utama, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari bin Tun Datuk Abang Haji Openg. 

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis makan malam bersama Ketua-Ketua kaum dan Ketua-Ketua masyarakat kaum Penan dan Berawan di sini sebentar tadi sempena lawatan beliau ke Long Terawan untuk merasmikan perkhidmatan Sarawak Rural Broadband Network (SRBN) di perkampungan tersebut pagi tadi.

Beliau menyatakan tanggungjawab untuk merancang dan membina sebuah bandar kecil di Mulu pada dahulunya terletak di bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Kerajaan Persekutuan.

“Sik hal, sik perlu menunggu EPU. Kita akan molah nya diri empun, kita mampu molahnya,” kata beliau dalam bahasa Melayu Sarawak.

Beliau berkata bandar kecil tersebut seharusnya menempatkan pejabat-pejabat kerajaan seperti imigresen, Kastam dan balai polis yang disifatkan sebagai perkhidmatan yang penting untuk kawasan Mulu sebagai destinasi pelancongan.

Terdahulu ADUN Mulu Datuk Gerawat Gala turut berucap.

Sumber dari : Sarawakku