KUCHING: Hasil karya saudara Azri Ali "Semarak Pertiwiku" telah berjaya menyentuh hati penonton.
Teater musikal yang bertajuk “Semarak Pertiwiku” yang dipentaskan di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching Sarawak merupakan hasil kerjasama Jabatan Ketua Menteri (Unit Intergriti dan Ombudsman Negeri) UNION, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak dan Fakulti Seni Binaan dan Kreatif (FSGK) dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Teater ini bertujuan untuk menyampaikan mesej berkaitan Integriti dan Rasuah kepada masyarakat.
Antara tetamu yang hadir semasa pementasan teater musikal “Semarak Pertiwiku” ialah Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg dan Ketua Pesuruhanjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya turut menyaksikan pementasan Semarak Pertiwiku dengan menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri untuk menangani isu rasuah.
Pementasan ini melibatkan 78 orang ahli produksi, termasuk 24 pelakon yang terdiri daripada pelajar FSGK dan pelatih Sijil Latihan Dual Nasional, bersama 7 orang selebriti tanah air iaitu Azhan Rani, Sherie Merlis, Anding, Taufik Hanafi, Elya, Chopie Cakap dan Shah Kimin.
Sumber dari: TV Sarawak