DARO: Sekolah Kebangsaan (SK) Hijrah Badong menerima sumbangan RM5,000 daripada Ahli Parlimen P.207 Igan, Ahmad Johnie Zawawi di sekolah berkenaan, di sini hari ini.
Penyerahan sumbangan cek tersebut disampaikan Ahmad Johnie kepada Yang diPertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Hijrah Badong, Bolhassan Jol.
Turut menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Igan itu ialah Persatuan Insan Istimewa Matu dan Daro (IDAM) sebanyak RM3,000 kepada Pengerusui IDAM, Abdul Malek Sare.
Sumbangan itu bagi membantu pihak SK Hijrah Badong membeli barang-barang dan cat untuk mengecat bangunan blok B manakala, sumbangan kepada IDAM untuk pelaksanaan program dan aktiviti persatuan berkenaan serta membeli peralatan semasa.
Sehubungan itu, SK Hijrah Badong dan IDAM turut mengucap penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Parlimen Igan atas sumbangan itu.