NOVEMBER 2019

SK Pendam sudah ada bangunan baharu


SADONG JAYA: Warga pendidik Sekolah Kebangsaan (SK) Pendam, di sini, gembira kerana sekolah itu sudah memiliki bangunan baharu dan majlis penyerahan blok bangunan baharu itu berlangsung pada hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.24 Sadong Jaya, Ir Aidel Lariwoo menghadiri majlis penyerahan blok bangunan baharu sekolah yang menelan kos RM750,000 di sini, hari ini.

Dalam ucapan beliau, Aidel menzahir rasa gembira dan percaya kemudahan tersebut bukan sahaja memberi suasana kondusif kepada murid-murid sekolah berkenaan namun dapat mengikuti proses pembelajaran dengan lancar.

“Dengan kemudahan yang ada ini, sudah pasti murid boleh belajar dengan tenang dan mudah untuk mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaaan umum akan datang,” katanya.

Hadir sama Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersau (PBB) Cawangan N.24 Sadong Jaya, Kaunselar Abdul Mutalip Julaihi, Guru Besar SK Pendam, Sadong Jaya, Rosnah Posa, Ketua Pemuda PBB Cawangan N.24 Sadong Jaya, Kaunselar Jamil Harbi, Ketua Wanita PBB Cawangan N.24 Sadong Jaya, Salasiah Bujang Narawi serta pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Samarahan.