OKTOBER 2019

Sarawak Hantar 12 Tan Ikan Eko Borneo Ke Singapura


KUCHING: Produk tempatan Sarawak terutamanya produk pertanian tempatan terus terima permintaan tinggi daripada pembeli Singapura.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, penghantaran pertama sebanyak 12 tan produk ikan eko Borneo yang dihasilkan di Batang Ai telah dihantar ke Singapura hari ini.

Tambah beliau yang juga Menteri Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, pembeli dari Singapura berminat beli produk ikan eko Borneo daripada Batang Ai selepas melihat “sample” atau contoh ikan pada pelancaran Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATOS) di Singapura pada 16 Ogos yang lepas.

“STATOS dapat membantu mendapatkan komunikasi terus antara pembeli Singapura dengan pihak Sarawak berkenaan produk-produk Borneo” jelas beliau.

Kerajaan Sarawak menyasarkan untuk mengeksport lebih banyak produk pertanian daripada negeri ini ke Singapura dan negara luar.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perlancaran Eksport Ikan Tilipia Ke Singapura oleh Borneo Eco Fish Sdn Bhd di Sea Horse Corporation Sdn Bhd di Kuching hari di sini.

Sumber dari: TV Sarawak