SEPTEMBER 2019

Undang-undang Pelabuhan, Perkhidmatan Bakal Dipinda


Rabu, 2 Oktober 2019: Undang-undang pelabuhan Sarawak akan dipinda untuk menaik taraf pelabuhan dan perkhidmatan pelabuhan supaya moden dan efisien, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Beliau menegaskan ini antara sebab mengapa Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan dibentuk dalam rombakan kabinet baru- baru ini.

Pembangunan dan perkhidmatan pelabuhan berada di bawah kuasa negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan meminda Ordinan Pelabuhan kerana pelabuhan penting untuk pembangunan Sarawak sebagai entiti perdagangan, katanya.

"Kita bersaing dengan pelabuhan lain di rantau ini dan kita perlu menjadikan pelabuhan di negeri ini lebih menarik sebagai pelabuhan transit," katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Negeri di bangunan RECODA di sini hari ini.

Kementerian dan Peguam Negeri akan mengkaji undang-undang dan keperluan Sarawak sebelum membuat pindaan, katanya ketika menghadiri mesyuarat bersama pegawai kanan kerajaan yang menghadiri mesyuarat tersebut.

"Pelabuhan penting untuk perdagangan. Kita perlu menaik taraf pelabuhan kita, sebagai contoh untuk membolehkan pengesanan pergerakan kapal dalam masa yang nyata.

"Pergerakan masa untuk memuat dan memunggah kontena harus dikurangkan agar menarik sebagai pelabuhan transit," katanya.

Mengenai pengangkutan, beliau juga menegaskan bahawa Kementerian Pengangkutan dibentuk untuk melihat keperluan pengangkutan negeri.

Walaupun pengangkutan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan, kita tidak boleh menafikan bahawa pengurusan lalu lintas jalan raya adalah tanggungjawab kerajaan di peringkat pihak berkuasa tempatan, katanya.

Mengenai program bandar pintar, beliau berkata ia akan bermula di Kuching terutama di kawasan warisan. Program ini antara lain direka untuk mengurangkan jenayah jalan dengan pemasangan CCTV yang akan dikaitkan dengan sistem data pusat.

Sumber dari: Sarawakku