FEBRUARI 2020

Sarawak Lulus RM50 Juta Baikpulih Rumah Panjang


KERAJAAN Sarawak meluluskan dana RM50 juta khusus untuk pembaikan atau pembinaan mana-mana rumah panjang di Sarawak, seperti dipetik Sarawakvoice.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, dana tersebut telah diluluskan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg susulan pada tahun ini Kerajaan Persekutuan tidak lagi menyediakan peruntukan tersebut.

Peruntukan khas itu, jelas Uggah, dapat memberikan manfaat kepada 1,667 pintu rumah panjang.

Setiap pintu akan menerima maksimum RM30,000.

Sumber dari : TVSarawak