APRIL 2020

Sarawak Sumbang RM10 Juta Beli Peralatan Perlindungan Diri


KUCHING: Kerajaan Sarawak sumbang RM10 juta untuk membeli pelbagai peralatan perlindungan diri (PPE) yang diperlukan petugas barisan hadapan.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pembelian itu untuk memastikan petugas barisan hadapan dilengkapi dengan PPE ketika menjalankan tugas.

“Kita juga telah menerima sumbangan daripada badan-badan korporat.

“Jabatan Kesihatan Sarawak juga membeli PPE berjumlah RM7 juta dan peralatan tersebut akan tiba pada Mei ini,” katanya semasa sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kerisauan rakyat berhubung pekerja di Hospital Umum Sarawak (HUS) yang tular di media sosial.

Katanya, Pengarah Kesihatan Negeri akan memperjelaskan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pengendalian HUS.

Menurutnya, kerajaan juga menyediakan tempat tinggal dan makanan pasukan barisan hadapan di hotel untuk kemudahan mereka.

Sementara itu, bagi pergerakan pelajar di antara daerah dalam Sarawak di kawasan merah dan kuning ke kawasan hijau, mereka akan dipasangkan tag tangan dan dikeluarkan notis tinggal di rumah.

Katanya, mereka akan diambil sampel pada hari ketujuh dan sekiranya keputusan adalah negatif, mereka akan terus kekal berada di rumah sehingga habis tempoh 14 hari.

Gambar hiasan

Sumber dari : Jiwa Bakti