BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu tetap melaksanakan operasi penguatkuasaan terutama di perairan Bintulu meskipun di bulan Ramadan.
Ia bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang dilakukan oleh komuniti maritim setempat dan pencerobohan nelayan asing,selain bertindak sebagai barisan hadapan (frontliners) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang Covid-19.
Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata, kepentingan dan tanggungjawab menjaga keselamatan perairan negara mengatasi segalanya bagi anggota Maritim Malaysia.
Kebiasaan anggota dan pegawai yang bertugas akan berbuka puasa secara bergilir-gilir kerana tugasan di lautan dalam kawasan operasi memerlukan tumpuan sepenuhnya bagi menjamin keselamatan di dalam perairan negara.
Sumber dari : Jiwa Bakti