MEI 2020

Sebanyak 1,600 Penerima Sumbangan Di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok Menerima Bantuan Makanan Tambahan


Kuching: Sebanyak 1,600 penerima sumbangan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok menerima bantuan makanan tambahan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sebelum ini, bantuan serupa turut diagihkan kepada golongan memerlukan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penerima bantuan itu terdiri daripada golongan asnaf dan B40 sempena sambutan Aidilfiti, sumbangan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok.

Berikutan PKPB, agihan bantuan itu dihantar ke setiap rumah oleh petugas.

Sumber dari : Jiwa Bakti