APRIL 2020

Seramai 3,500 Ketua Isi Rumah Di Sebuyau Menerima Bantuan Penutup Hidung Dan Mulut


SEBUYAU: Seramai 3,500 ketua isi rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau menerima bantuan penutup hidung dan mulut sumbangan daripada kerajaan Sarawak yang diagihkan bermula semalam.

Agihan bantuan penutup hidung dan mulut telah dilakukan oleh Jawatankuasa Bencana Bahagian Samarahan melalui Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Sebuyau serta turut dibantu Pusat Khidmat DUN Sebuyau.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau yang juga Menteri Muda Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berharap sumbangan penutup hidung dan mulut tersebut dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dalam kalangan masyarakat setempat.

Jelasnya, meskipun ia diagihkan dalam kuantiti yang kecil, namun ia cukup bermakna bagi penduduk setempat dalam memutuskan rantaian penularan Covid-19. -EDISI UKAS

Sumber dari : Unit Komunikasi Awam Sarawak