MAC 2020

Sidang Media Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB Sarawak
Sidang Media Mesyuarat Majlis Tertinggi PBBPosted by Sarawakku on Saturday, 7 March 2020


INTIPATI PENTING MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI PBB SARAWAK

1. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memutuskan untuk menerima tawaran Kerajaan Persekutuan untuk menyertai Kabinet Persekutuan TETAPI TIDAK menyertai Perikatan Nasional (PN) selaras dengan keputusan GPS. GPS bersetuju menyertai Kabinet Persekutuan atas sebab berikut :

A) Wakil GPS dapat memperjuangkan hak dan aspirasi rakyat Sarawak menerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Kabinet.

B) Wakil GPS dapat terus memperjuangkan menuntut Hak- Hak Sarawak menurut Perjanjian Malaysia 1963 termasuklah isu berkaitan Cukai Jualan dengan Petronas.

C) Penyertaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan yang dibentuk nanti oleh YAB Perdana Menteri Malaysia akan berdasarkan kepada FORMULA yang dinamakan sebagai PN+ GPS kerana GPS merupakan entiti parti yang berasingan dengan Perikatan Nasional (PN) dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan.

Sumber dari : Sarawakku