NOVEMBER 2020

“Terima Kasih Kerajaan GPS”


KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengumumkan bonus pemberian bayaran insentif khas bersamaan sebulan setengah gaji pokok atau minima RM2,000 kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Negeri.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pemberian insentif khas itu akan dibayar sebelum penghujung tahun ini.

Katanya, pegawai perkhidmatan awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri ini akan dibayar insentif secara one-off RM500 dalam suku pertama 2021, katanya semasa menggulung permbahasan pada persidangan Dewan  Undangan Negeri di sini hari ini.

Abang Johari berkata, pemberian insentif khas itu sebagai menghargai sumbangan, pengorbanan dan komitmen pegawai berkenaan.

“Kerajaan GPS amat menghargai sumbangan, pengorbanan dan komitmen pegawai perkhidmatan awam negeri Sarawak dan pegawai perkhidmatan awam Persekutuan dalam melaksanakan tugas secara profesional dengan keadaan yang mencabar ini.

“Pemberian ini merupakan penghargaan yang diberikan Kerajaan Sarawak kepada penjawat awam temasuk doktor, jururawat, anggota beruniform dan barisan hadapan yang turut bekerjasama membendung penularan pandemik Covid-19 di negeri ini,” katanya.

Sumber dari : Jiwa Bakti