NOVEMBER 2020

DBOS Diberi Kuasa Biayai Projek Infrastruktur Negeri


KUCHING: Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) mengikuti garis panduan Bank Negara Malaysia, diberi kuasa untuk membiayai projek infrastruktur strategik negara.

Sebagai menjawab kenyataan Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Dato Sri Wong Soon Koh baru-baru ini, DBOS dalam kenyataan medianya berkata, malah bank pembangunan itu mengamalkan amalan terbaik dalam operasinya.

“Sebagai institusi kewangan pembangunan, DBOS juga menjalankan operasi dan aktiviti seperti institusi kewangan lain

menguruskan simpanan daripada kerajaan negeri, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat yang dikendalikan kerajaan negeri,” kata kenyataan itu.

Selain itu, DBOS juga menguruskan pengeluaran deposit pada bila-bila masa sejajar dengan amalan perbankan biasa. 

Soon Koh sebelum ini dipetik sebagai berkata, mempersoalkan dana daripada simpanan negeri yang dipindahkan ke DBOS apabila bank itu ditubuhkan.

Sumber dari : Jiwa Bakti