APRIL 2021

Tidak Perlu Dikuarantin 14 Hari Selepas Terima Vaksin Covid-19


KUCHING: Individu yang menerima vaksin COVID-19 tidak perlu dikuarantin selama 14 hari.

Perkara itu dijelaskan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Chin Zin Hing sambil berkata, ianya tidak berkaitan dengan kuarantin melainkan alasan-alasan lain seperti menjadi kontak kepada kes positif, memasuki Sarawak dan sebagainya.

Dr Chin berkata demikian dalam satu kenyataan media pada Khamis bagi menjawab pertanyaan orang ramai berikutan laporan berita oleh TVS yang bertajuk ‘Pekerja Tidak Perlu Dikuarantin 14 Hari Setelah Divaksinasi’ bertarikh 20 April 2021.

Jelas beliau, pernyataan itu merujuk kepada vaksinasi COVID-19 dan tempoh masa sejurus selepas menerima vaksinasi.-EDISI UKAS

Sumber dari : Unit Komunikasi Awam Sarawak