OGOS 2020

Usaha Kembalikan Hak Sarawak Terus Diperjuangkan


SEMATAN: Kerajaan Sarawak terus berjuang untuk mengembalikan hak-hak Sarawak yang kian terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pada mulanya, usaha untuk mengembalikan hak-hak Sarawak ini dilakukan oleh mantan Ketua Menteri, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem.

"Apabila saya menjadi Ketua Menteri, saya teruskan usaha untuk mengembalikan hak tersebut yang akhirnya Sarawak menang dalam isu Cukai Jualan Tanah Negeri (SST) PETRONAS," katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pecah Tanah Masjid dan Anjung Usahawan, di Telok Melano, semalam.

Katanya, bajet ini akan digunakan untuk membangunkan Sarawak serta menyediakan kemudahan infrastruktur demi kebaikan rakyat di negeri ini.

"Kita perlu ikut budi bicara undang-undang yang sedia ada dan ini menunjukkan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjuang untuk rakyat dan negeri Sarawak,” katanya.

Sumber dari : Jiwa Bakti