OKTOBER 2020

YAB Ketua Menteri Menerima 2 Kunjungan Hormat


KUCHING 15.10.20 

Kunjungan hormat pertama oleh Ahli Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak yang diketuai YBhg Tan Sri Datuk Amar Haji Hamid Bugo, Pengerusi Ahli Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak.

Ianya bertujuan untuk memberi taklimat berhubung Majlis Pembukaan Rasmi Pustaka, Sibu. 

Turut hadir adalah ahli-ahli Lembaga Pengarah Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak, dari kiri foto, Haji Japri Bujang Masli, Datu Haji Ismail Hanis, Datu William Patrick Nyigor, Dr Rashidah Haji Bolhassan, Tan Sri Datuk Amar Dr  Haji Hamid Bugo, dari kanan foto, Dr Rita Manurung, Prof. Dr Shahren Ahmad Zaidi Adruce, Datu Laura Lee Ngien Hion, YB Ir Lo Khere Chiang.

Kunjungan hormat ke-2 oleh Jawatankuasa Pemandu Sri Aman Development Agency (SADA) diketuai YB Dato Sri Hajah Rohani Karim, Pengerusi SADA merangkap Ahli Parlimen Batang Lupar.

Ianya bertujuan untuk mengemaskini YAB Ketua Menteri berhubung perkembangan SADA dan nasihat berhubung penubuhan rasmi SADA.

Turut hadir, ahli-ahli Jawatankuasa Pemandu SADA, dari kiri foto, kiri ke-2, Timbalan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Sarawak, Rozaimi Mohd Zahir, Residen Sri Aman, Indit Bangai, YB Dato Sri Hajjah Rohani Karim, dari kanan foto, Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Sarawak, Assoc Prof. Dr Muhammad Abdullah Hj Zaidel, Assoc Prof. Dr Shahren Ahmad Zaidi Adruce, Menteri Muda Kesejateraan Komuniti, YB Datuk Francis Hardern Hollis, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion.

Sumber dari : Sarawakku