OKTOBER 2020

Penghasilan Biogas Daripada Sisa Sagu


KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Johari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pagi tadi telah merasmikan majlis menandatangani memorandum kerjasama antara CRAUN Research Sdn Bhd dengan Knowledge Integration Services (Singapore) Pte Ltd dan Nitsei Sago Industries Sdn. Bhd. bagi projek pembangunan Model Penyaliran Biogas Termurni Daripada Sisa Cecair Sagu untuk kegunaan domestik. 

Projek ini adalah kesinambungan kepada Projek Loji Rintis Rawatan Sisa Cecair Sagu yang telah dibangunkan  di Kampung Tabo, Mukah dan selaras dengan dasar kelestarian dan kebersihan alam sekitar yang menjadi keutamaan Kerajaan Sarawak. 

Turut hadir Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Datuk Amar Michael Manyin ak. Jawong dan Menteri Muda Dr. Annuar Rapa’ee.

Sumber dari : Sarawakku