APRIL 2019

Yang Di-Pertuan Agung Bersama Rakyat Menunaikan Solat Jumaat Di Masjid Darul Hana


KUCHING: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bersama rakyat jelata menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Hana di sini, hari ini.

Ketibaan Yang di-Pertuan Agong disambut Tuan Yang Terutama DiPertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak YB Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Muda (Bekalan Elektrik Luar Bandar) YB Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Sumber dari: Unit Komunikasi Awam Sarawak