SEPTEMBER 2019

Ziarah Bahasa Ke Pusat Kebajikan Datuk Amar Hajah Juma'ani


KUCHING, 21 Sept. 2019- Yang Amat Berbahagia Datuk Amar Hajah Jumaani Tun Tuanku Hj Bujang isteri kepada YAB Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi Persatuan Kebajikan Petra Jaya ( PKPJ ) mengetuai sambutan menerima lawatan DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ke Pusat Kebajikan Datuk Amar Hajah Juma'ani di Jalan Kulas, Kuching.

Atur cara majlis adalah seperti berikut:

1. Taklimat Kehormat Pusat Kebajikan Datuk Amar Hajah Jumani oleh Timbalan Pengerusi PKPJ, YBhg Dato Dr Munirah Hassan

2. Persembahan khas oleh para pelatih PDK Sri Satok

3. DYTM Raja Muda Perlis Merasmikan Tapak Tanaman Mini Agro PKPJ

4. Lawatan ke dalam bangunan Pusat Kebajikan Datuk Amar Hajjah Jumaani

Turut hadir, ADUN N6 Tupong YB Fazzruddin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, YBhg Datuk Abang Salahudin bin Abang Shukeran dan kenamaan lain.

Sumber dari: Sarawakku