JANUARI 2020

Ziarah Kasih Fadillah Ke Samariang


KUCHING: Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof, mengadakan ziarah kasih ke empat kediaman penduduk di kawasan Samariang, yang dilanda musibah baru-baru ini.

Beliau melawat mangsa rumah runtuh di Samariang Batu, Abdul Rani Mohamad, yang kediamannya roboh secara tiba-tiba dan ranap sama sekali, sebelum menziarahi dua pemilik rumah yang terbakar di Kampung Sg Midin, iaitu Fatimah Tam Abdullah yang rumahnya musnah sama sekali dan jirannya, Nuri Mohd kediamannya turut terkena api yang merebak.

Selepas itu, beliau menziarahi Chi Anji di Samariang Jaya yang mana rumahnya terbakar semalam.

Sumber dari : Jiwa Bakti