JULAI 2018

OKU ditemui rentung dalam kebakaran


KUCHING: Seorang warga emas Orang Kelainan Upaya (OKU) ditemui rentung dalam kebakaran di perumahan Taman Putri.

Mangsa, Syaifuddin Loh Abdullah,64, ditemui rentung dalam bilik tidurnya oleh sepasukan Bomba yang bertugas memadam api.

Menurut Ketua Zon 1 Bomba dan Penyelamat, Gregory Kurung Suwen, ketika kejadian, mangsa dikatakan tinggal seorang diri di rumah kerana anak perempuannya bekerja.

Pihak Bomba menerima laporan itu sekitar jam 6.30 petang dan dua jentera Bomba dari Balai Petra Jaya dan Padungan bergegas ke lokasi.

Bomba masih menyiasat punca kebakaran.