KABONG: Empat ekor lembu ditumbangkan penduduk Kampung Sungai Endot di sini pagi ini sebagai korban Hari Raya Aidiladha.
Ketua Kampung Sungai Endot, Ismail Bujang mengetuai majlis sembelihan korban dan dibantu Ketua Kampung Lot, Mohamad Man dan Pengerusi Surau Sungai Endot, Olen Tabur.
Majlis sembelihan berlangsung jam 7. 30 pagi dengan simbolik perasmian disempurnakan ADUN Kabong, Mohd. Chee Kadir dan isteri Meryani Yasin.
Acara penyembelihan binatang korban merupakan acara tahunan kampung itu pada setiap kali sambutan Raya Korban.
Kira-kira 50 petugas mengendalikan sembelihan korban
yang berlangsung di pekarangan surau kampung itu.
KK Ismail yang ditemui merakamkan terima kasih atas kesudian ADUN Kabong dan isteri yang sudi meluangkan masa.