LUNDU: Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) kampus Lundu bernilai RM90 juta menjadi realiti apabila surat tawaran kontrak pembinaan diserahkan kepada kontraktor, R&D Contruction di tapak pembinaan CENTEX hari ini.
Malah, kegembiraan itu jelas terpancar di wajah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N3 Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu kerana ini merupakan projek peninggalan Allahyarham Tok Nan yang telah di rasmikan oleh Allahyarham sewaktu majlis pecah tanah pada 5 Ogos 2015.
Ia merupakan pusat teknikal pertama di negeri ini.
“Ini merupakan pelaburan untuk masa depan anak-anak Lundu dan penduduk sekitar. Kampus itu mampu menampung kapasiti pelajar kira-kira 800 orang dalam setahun menjalani kursus jangka pendek yang ditawarkan.
“Projek ini juga akan menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Yang penting kita menguar-uarkan peluang yang ditawarkan oleh CENTEXS untuk keselesaan dan kemajuan rakyat,” tambahnya lagi.